Tuesday, April 19, 2011

Kami ke SEREMBAN lagi~~~

Alhamdulillah..now, I'm done with Arabic Mid Term Examination...!selesai satu bab..!tak senang duduk aku menjawab tadi...tunggu punya tunggu punya tunggu...haishhh..awat lambat sangat hang masuk dewan???penat ceq tunggu...!hangpa nihhhh...!hah..pandai tak aku cakap utagha???haha...still learning with them...!it's fun...!

ok, pada hari ahad yang lepas....(ada macam karangan PMR tak?)...kitorang decide nak jalan-jalan kat Seremban!! Nak lepas tension MUET punya pasal...haha..siapa kitorang tuh??semestinya, aku...sharina & hani! Hani sibuk sangat nak tengok NEVER SAY NEVER...ala,,yang Justin Bieber berlakon tuh...so, kitorang ikutkan je lah...

ni ke cover movie tuh???

plan punyalah tak boleh pakai..nak bangun awal konon...pukul 10 pagi baru kitorang bangun...haha..kepada lelaki-lelaki kat luar sana tuh, jangan cari anak dara macam kitorang kalau nak buat bini...habis dapur rumah korang tak berasap kang...haha!

sampai-sampai kat KTM jer..dah pukul 12 setengah...memang aku rasa tak payah keluar pun ok jugak...sekali train dah sampai, terpaksa berhenti kat Labu...!APAHAL???kitorang nak berhenti kat Seremban lahhh..rupa-rupanya ada kerja-kerja baik pulih..so, kalau nak pergi Tiroi atau Seremban tak boleh naik KTM...nak tau kitorang naik apa???kitorang terpaksa naik BAS!!!sadis tak??? jalan kat Labu tuh, ya Rabbi...memang rasa nak berguling-guling dalam bas tuh...jalan tak rata! plus, pemandu bas tuh bawak laju..pasang pulak lagu India..memang 'TERBAIK' arh...!

bukti tangan kitorang pegang tiang bas yang sama! haha..:)

then, bila dah sampai Terminal 1, cerita NEVER SAY NEVER tuh takde...haha, aku sebagai warga Seremban agak malu lah dengan diorang..apa kes Terminal 1 tak tayang movie tuh??haha...lagi bikin si Hani frust bila cerita tuh tak de...last-last kitorang pergi makan..dah pukul 1 kan, bangun-bangun jerk terus siap nak pergi Seremban, satu apa pun tak masuk perut lagi...masing-masing dah lapar!

dari kiri : minuman aku, sharina & hani...

nasi pattaya hani..comel kan ada love-love tuh???

my nasi ayam madu...sedapppppp..!

nasi goreng telur..yer...pilihan sharina!

pilihan bersama...:)

dan beberapa minit kemudian....

jeng-jeng jeng!hah..licin pun!

then, kitorang pegi karok jap! antara aksi poyosss kami...





macam ikan...ikan apa ek??

gelapppp!





untuk yang teristimewa...yang pasti, sha menyibuk kat belakang tuh!

the cutest picture we have..!

ok, korang,,,thanx sebab sudi luangkan masa masing-masing untuk hang out bersama-sama..yang pasti ni bukan kali terakhir kan...??good luckkk untuk semester ketiga nihh!harap-harap, kenangan yang dicipta di CFS IIUM Nilai nih takkan dilupakan...sayang plak rasanya nak tinggalkan tempat nih...tempat nih banyak kenangan manis pahit kite bersama..dengan sipulan tuh la, dengan sipulan nih la...kalau ingat-ingat balik, kelakar kan???


Wednesday, April 13, 2011

no title~~~


kau tak bagi aku kawan dengan lelaki..
tapi kau bawak masuk perempuan lain dalam kereta kau! boleh pulak???

kau pesan, kalau cakap dengan lelaki, guna aku kau jer!
tapi kau dengan perempuan lain BER I U bagai...! boleh pulak???

plus, kalau nak keluar dengan lelaki kena bagi tau kau...
tapi kau keluar dengan perempuan tak bagitau aku pun...boleh pulak???

APE CER????!!!

antara alasan yang aku terima :
  1. "girl tuh, kawan sekerja lah...nak kena hantar barang dengan dia...janganlah marah"
  2. "ala, nak jaga hati perempuan tuh kena lah guna I & U...open minded lah sikit"
  3. "takkan nak main bowling pun tak boleh???"
hah, ini pulak jawapan aku!!!

1. dulu, aku mintak tolong kau jemput aku, sejuta alasan kau cipta!minyak habis lah...poket kering lah!tak sihat lah...!dengan hati yang tengah bengkak, aku terima jugak!

2. open minded kepala otak kau...!!! jaga hati perempuan lain boleh...habis aku nih tak ada hati lah yang kau kena jaga?

3. pernah kau bawak aku main bowling???

lepas apa yang aku nampak, terima kasih lah banyak-banyak...dan aku tak pernah terfikir pun untuk terima kau buat kali kedua...kau cakap kau takkan abaikan aku sampai aku jumpa pengganti kau..!hah, kat sini aku nak bagitau...aku dah jumpa someone yang sesuai! mungkin dia tak sehensem kau! tak sepandai kau! tak sekaya kau! tapi dia ada something yang boleh bimbing aku ke jalan yang benar..kau ada ker??

aku doakan kebahagiaan kau! semoga kau jumpa sejuta kali ganda lebih baik, lebih cantik, lebih manja dari aku! last but not least, SELAMAT TINGGAL!


p/s :tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia!
hanyalah rekaan semata-mata!



Wednesday, April 6, 2011

Ashida Md Anuar photoshoot???seriuskah???


hye peeps..!macam rasa lama gila jer tak update..ini pun aku baru jer habis speaking test MUET! grrr...!kecut perut weh....memang aku buat MUET tuh macam "Sesi MUET bersama Ashida Md Anuar"haha...berterabur kot aku cakap..macam ape entah! tapi so far, ok kot..! korang doakanlah aku pass MUET nih...taknak lah buat banyak-banyak kali...tak syok lahhh...CUKUPLAH SEKALI....

hmmm, act aku nak mengHEBAHkan sesuatu..korang mesti tak percaya kan? aku dah agak dah..ini Ashida Md Anuar lah...muka suci takkan menipu mehhhh! Tapi sebenarnya aku pun macam tak percaya. Siapa-siapa yang kenal aku, yesss! Aku sangat suka berdress up..tapi untuk photoshoot..tidak sama sekali!

tapi, bila aku dapat jer offer untuk "make-over + photoshoot = PERCUMA" memang aku tak pikir apa lagi dah...terus OK! haha..anyway, thanks to Syahirah Rosli. Without that voucher, i cannot make it as well! Sayang kau Syira...Nanti kita hang out lagi ok! Biar hilang terus kasut aku lagi! Ni lah aksi-aksi poyo aku sementara menunggu untuk diambil gambar!




love that costume so much!!

blaja cara-cara untuk posing..!

l
lepas photoshoot..photoshoot sendiri-sendiri la plak kann...!

tengah tunggo order sampai...lambat!

suka buaian nih..ada kat Marrybrown jer!

nak tengok tak yang real photoshoot punye?selepas segala jerawat, jeragat dan yang sewaktu dengannya telah dibuang, inilah hasilnya....!

erk?ini kawan aku...Syahira Rosli...!

ok, inilah the real one Ashida Md Anuar...amacam?

lepas habis photoshoot, ingat nak keluar makan..and pelik gile..entah macam mana kasut aku boleh hilang sebelah...sedih weyhhhhh! aku tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak kasut yang aku ada, aku paling sayang kat kasut tuh,,,mungkin kenangan yang aku cipta sebelum nih, semuanya bersama kasut tuh...kasut tuh jugak saksi bahawa aku pernah jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap dia...dan bila hilangnya kasut nih, mungkin aku HARUS lupakan semua kenangan bersama dia...arghhhh!tacinkkkkk!

cantik kan?walaupun putih, sikit pun tak kotor! aku memang pandai jaga!haha...

aku tahu aku takkan dapat balik kasut nih...so, aku terpaksa biarkan kasut nih pergi bersama kenangan silam! and, untuk aku! Semoga berjaya lupakan dia...you go GURL!! I know you can do it!

Friday, April 1, 2011

korang...MAAFKANLAH AKU.....


serius aku tersepit antara korang...aku tak tahu nak JOIN siapa, tapi sejujurnya aku memang ada niat nak tolong SEMUA!aku taknak sebab satu hal nih, kita semua berpecah belah...walau apa pun jadi, KITA semua tetap KAWAN! FOREVER!

terima kasih tak terhingga kat Muhd Fawzy Afdza sebab tolong aku. Aku hargai pertolongan kau sebab kenalkan aku kat dia...dan sekarang aku dengan dia dah jadi kawan..walaupun kitorang tak pernah bertegur depan-depan, at least dia tak pernah lupa nak mesej aku. But don't worry...no matter what happen, we still frens! and aku takkan lupa jasa baik kau.

Tapi bila aku pulak nak tolong kau, aku tak sangka itu respons dia. Kalau nak tahu, aku selalu mengelak nak jumpe kau, sebab aku tak ade keberanian untuk ceritakan hal sebenar. Kau kawan aku, dia pun kawan aku. Aku kena jaga hati kawan-kawan aku sebaik mungkin. Mungkin dulu aku yang terover bercerita dengan kau. Maaf sebab bercerita yang bukan-bukan. Tapi bukan aku jer yang macam tuh! Izzan pun cakap benda yang sama kat aku. Walau apa pun, aku nak mintak maaf sangat-sangat kat kau! Aku memang rasa bersalah sangat-sangat. Kalau betul itu pilihan terbaik kau dunia akhirat, berdoalah! Mungkin belum sampai seru! Harap kau tahu, aku tulis bende nih dengan penuh rasa kesal!

buat Aisyah, saya tak tahu macam mana nak settlekan masalah tuh, serius sejak akhir-akhir nih, banyak masalah yang saya terima. Mula-mula tukar kelas. Lepas tu dengan rules baru mahallah, masalah peribadi sy dengan mereka dan sekarang saya rasa saya hilang orang sekeliling saya. And thats why i said, i need someone beside me right now! Saya tak ada tempat untuk luahkan segala keserabutan yang menimbul kat kepala nih.

zahir : keep in touch yaaa!

izzafli : dah pandai bergurau nampak? Anyway, jaga kawan baik zaf tuh elok-elok!


kawan-kawan!!! Saya Ashida Md Anuar menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang berlaku antara kita! Last but not least, saya sayangkan persahabatan yang tercipta antara kita!