Friday, October 29, 2010

???

kenapa agaknya awak buat saya macam ni??
SERIUS!!
saya keliru!!
tolong jelaskan bley????
i really need to know!!
plz don't do this to me!!!

Wednesday, October 27, 2010

Not feeling well...


sejak kekecewaan itu melanda....wahhhhhh...!
ayat tak ley blah...hm...
ok...
aku semakin tak sihat...
tak tahu kenapa...
so,,aku jumpe doktor...
boleh pulak beliau gelak-gelak dengan aku...
time nak cek aku tuh,,,
sempat pulak berborak dalam phone...
bikin hati panas jerk tunggu beliau...
macam aku ni dah takde keje lain pulak..
sakit aku memang la tak nampak...
tapi...aku yang tanggung...
korang aper tau??
aku gelak, gelak jugak...
happy happy jugak....tapi...
sakit tetap SAKIT wooooooo!!

Antara pesanan beliau :
  • banyakkan makan buah-buahan & sayur-sayuran
  • jangan makan makanan yang pedas-pedas
  • kurangkan minum teh, kopi dan nescafe
  • minum mineral water sebanyak mungkin dalam sehari
  • "Saya nak mulai sekarang, awak mulakan senaman ringkas setiap petang, terutama sekali, JOGGING! Biar awak berpeluh sikit."

hm..antare semua yang tersenarai kat atas ni...ada satu jer yang aku malas nak buat..
tang jogging tuh...owh..tidak sama sekali!!!!!!!
aku pemalas!!
dahla jenis suka terperap dalam bilik!!
tapi rasanya macam takde kaitan jerk dengan penyakit aku nih...

ok,,fine..aku terima hakikat..beliau seorang doktor..siapalah aku nak bantah-bantah...
doakan aku sihat ea??

lupa plak aku nak tanya beliau...
agak-agak milo boleh minum tak???

Tuesday, October 26, 2010

KECEWA..


Memang tak dapat aku gambarkan kekecewaan aku dengan kata-kata...
memang hancur luluh segalanya...
harapan hanya tinggal kenangan..
Kenapa aku??
mestikah aku??
dan kenapa dia??
kenapa sekarang??
banyak persoalan aku...
maafkan aku sebab....
mungkin...
aku yang tesalah anggap...
:(
:'(
:''(
aku akan pergi.....

Sunday, October 24, 2010

Kembali Menjadi Orang Semula...



ok.. aku terima kenyataan yang cuti aku dah habis =(
sebelum bertolak ke UIA...
first time...ayah aku pesan...
"belajar betul-betul.."
masa aku sekolah dulu..nak SPM..takde pulak dia pesan ape-ape...
so,aku agak terharu dan cair di situ...

ni ayah aku..amacam?ada style tak??

thank you so much ayah!!!
janji tak habiskan minyak kereta ayah lagi..
nanti ating isi sendiri lepas ni..ok??

Sesampainya aku kat depan pagar UIA..
aku teros pergi SEM HALL..
selamat aku pakai dress code hari nih...
start daripada atas sampai bawah..
just kasut aku warna putih..sori pak cik guard..
dahla ramai kena sound tadi..
tu la...yang gatal-gatal pakai baju ketat, seluar jeans kenape..?
pelik aku...kalau nak pakai sangat ikutlah tempat and keadaan..
time ziarah kubur, taknak pakai skirt ke???

bila dah dapat kunci..aku pun mula lah berkemas..

ok..ni katil aku...
spongebob tuh bantal kesayangan aku!!
amacam??kemas tak??
ya..cadar aku memang agak tak ceria
sebab my mom yang belikan..
aku sebagai anak perlu akur...:)

bila dah masuk sem 2 ni...
harap-harap...jadi manusia balik..
yang mengadap buku dan ketepikan muka buku..
InsyaAllah....

Saturday, October 23, 2010

DIA....


semakin dia begitu,
semakin aku begini.

senyuman aku kini tidak bermakna.

susah untuk aku terima kenyataan ni.

"tu la shida, orang cakap jangan, lagi nak buat!"

Erk...!terkena batang hidung sendiri!!

padan muka kau shida!


Wednesday, October 20, 2010

Boleh ke Perigi Cari Timba...??


ok..tajuk hari ni..seperti yang aku mentioned kat atas..setelah aku bermain-main dengan encik google..aku dapat la apa yang aku cari...so,pendapat korang..boleh ke perigi cari timba??

So,inilah hasilnya yang aku dapat...
Sebelum tu, masyarakat kita selalu akan fikir camni..

"Eh, kau gila suruh aku merisik dia??Tak pernah dibuat orang!"

tak pun macam ni..

"Tak nak lah aku nak approach dia, nanti orang cakap tak tahu malu."

Ok,,malu itu adalah sebahagian daripada iman,,so memang wajarlah perasaan itu lahir. Menurut Dr Robiah Kulup Hamzah, wanita wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara yang sangat beradab. Ia merujuk kepada kisah Siti Khadijah r.a. yang meminang Rasulullah S.A.W. melalui orang tengah. (sila tegur kalau statement saya salah)

Mungkin tak ada problem bagi perempuan yang cun, meletop and yang sewaktu dengannya. Tapi macam mana dengan perempuan yang mungkin cukup-cukup makan je atau pun bujang terlajak??haha...sila-sila lah fikirkan..setelah aku kaji topik ni..majoritinya berpendapat yang apabila seorang perempuan melamar lelaki yang dianggapnya boleh membimbing dia dan seluruh keluarga, secara tidak langsung akan menghalang daripada terjadinya skandal yang tidak halal.

aku pernah dengar ada orang cakap macam ni...
"apa salahnya kalau perempuan tackle lelaki?entah-entah lelaki pun nak jugak rasa macam mana kena tackle..haha..kalau pikir malu, melepas lah kau. At least kita try! Kalau kesan negatif, life must go on. Terima lah kenyataan yang dia bukan untuk kita."

Yang penting sekali..JANGAN

Yang WAJIB..tidak dibuat!
Yang SUNAT dilihat wajib!
Yang HARAM itu dipertahan!

Untuk mendapatkan jodoh, kita juga perlu berusaha. Atau dalam erti kata lain. IKHTIAR. Al-maklumlah..perkahwinan ini bukan hanya untuk sebulan dua,,tapi untuk selama-lamanya. Biar lah memilih asalkan jangan salah pilih. Di samping berusaha itu, jangan lupa untuk berdoa bagi menguatkan usaha kita itu. Nabi S.A.W. pernah bersabda. "Allah tidak akan mengubah qada' seseorang hamba melainkan kerana doa" (al-Hadith)

Selamat Mencuba! Ahaks~~~~

Monday, October 18, 2010

Examination Result


Attention to all CFS IIUM students, please be informed that the Semester 1 2010/2011 examination result will be accessible from 20th October (Wednesday) after 5 p.m. onwards through student portal.

Click here for more information.


Whoa!!!!
Serius cuak...!!ada tak cara yang boleh buatkan result ni tak jadi nak keluar??
bila aku nampak jer ada yang share kat facebook diorang tentang result ni..mula la hidup aku jadi tak keruan..makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak bersih??? Erk??ok..itu tipu!!

Bila aku tengok event tentang result ni...majoriti attending...yang kelakar nya..boleh plak MAYBE attending...kalau korang tak attend pun..mesti ada sedikit perasaan korang nak tahu result korang gempak ke tak...betol tak...??tak payah kelentong gua la...


Aku harap result aku ok...sebab aku dah puas perah otak mase jawab exam ari tuh...
Kepada kawan-kawan group 13..
and semua student CFS
sama-sama lah kita berdoa ya...
Harap-harap semuanya berjaya...
Amin..InsyaAllah...

Friday, October 15, 2010

kau laki paling setan dalam hidup aku...
sebab kau, hidup aku hancur!!!
sebab kau, aku belajar tak tenang!!!!
sebab kau, aku hilang kawan2 aku!!!!
kalau kau baca..ni untuk kau..

terima kasih sebab pernah bahagiakan aku..
terima kasih atas segala pengorbanan kau dekat aku..
terima kasih luangkan masa kau dengan aku...
terima kasih habiskan duit dan masa kau untuk aku!

percayalah....
hidup kau takkan tenang..
aku mungkin takkan dapat buat apa2...
tapi kau tunggu...
Allah akan balas perbuatan kau!!

Untuk Adam...

Hanya ungkapan maaf yang dapat saya berikan..
Terima Kasih untuk segalanya...
Saya nak awak tahu yang...
Saya sangat selesa berkawan dengan awak!!!!
tapi rasanya..sampai bila2 awak takkan tahu...
Lastly, saya harap kita akan jadi kawan semula..
Sekian.


Thursday, October 14, 2010

Harapanku..

Ya Allah..sungguh berat ujianMu terhadap diri ini..hampir sebulan aku menanggungnya, tidak berani untuk menitiskan air mata, tapi hari ini, saat ini, aku tewas. Aku kalah. Macam baru semalam saat indah mengelilingi kehidupanku, baru semalam aku bergurau senda, bergelak ketawa. Tapi hari ni??Ya... Aku menangis.

Kepada yang berkaitan, hanya maaf yang dapat aku ungkapkan. Sama sekali, aku tidak pernah menyangka bahawa hari ini akan tiba. Sama sekali aku juga tidak menyangka bahawa hal ini akan terjadi. Aku sangkakan akan ada hari cerah untuk kita, tapi sangkaan ku salah. Aku terima penghinaan itu. Ya, aku jahat! Tapi sejahat-jahat aku, tak pernah keluar sedikit pun dari mulut aku untuk membalas penghinaan itu. Tak apa..prinsip aku.."Biar orang buat kita, jangan kita buat orang". Dari jauh,akan aku doakan kesejahteraan kau,kebahagiaan kau juga kejayaan kau. Mungkin hari ini, kau gembira mentertawakan tangisan aku. Tapi, ingatlah bahawa Allah sangat terkenal dengan sifat Yang Maha Adil. Pesananku. hargailah sesama insan yang hidup di alam ini, terutamanya terhadap kaum Hawa. Ya, InsyaAllah. Aku akan tabah melayari dan meneruskan perjalan baru hidupku.


Ya Allah..jika ini suratan takdir untukku, aku terima dengan hati yang terbuka. Mungkin ini jalan yang terbaik untukku. Permintaanku, tabahkanlah hatiku, kuatkan semangatku, dan permudahkan segala cara untukku. Kepada Nurhani Rahman, terima kasih sebab selalu berada dengan aku ketika saat susah dan senang. Aku harap kau akan selalu menjadi pendengar setia ku dan semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat. Aku doakan semoga kau berjaya dan bahagia selalu. Sekian. Ikhlas dariku.

~Ashida Md Anuar~

Tuesday, October 12, 2010

"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita sayang, kerana orang yang kita sayang tuh mungkin akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang..."

"Jangan cuba untuk dapatkan apa yang kita sayang tapi sayanglah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita dah pernah sayang sebelum ni, kerana orang yang sayangkan kita, mungkin juga orang yang paling kita sayang.."

"Lebih baik untuk kita bersama dengan orang yang sayangkan kita daripada orang yang kita sayang, kerana orang yang kita sayang mungkin hanya sukakan kita tanpa perasaan sayang.."

*****************************************

Aku nak tanya ni...siapa yang pernah ikut bende alah yang kat atas nih??
plz see me...!!
juz nak tahu wether korang bahagia or tak hidup dengan orang yang sayang kita, tapi kita yang tak sayang dia...


p/s : tak tahu kenapa sejak akhir2 ni...sumer berkaitan bende ni jer aku story..
next entry aku cerita benda lain k..

~ashida md anuar~


Sunday, October 10, 2010

Sakit Hati!!!




kau ingat kau bagus sangat arh????
kau nak buat ape..lantak kau lah...
ada aku kisah???
life kau ke life aku??
lepas ni,,jangan masok campor hal aku lagi..!!

haaaaaaa.....amik nih!!






Saturday, October 9, 2010

Bila Kita Dah Sayang Dia....


Dan bila esok
Kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang didalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Untuk selama-lamanya...

Bila kita tunggu orang yang kite sayang tuh,
kita tunggu dia berjam2 pun tak ape,
tapi kalau dia tunggu kita,dia marah2..

Hati kate tak ape...adatla..ada yang menunggu & ditunggu...


Bila kita sayang orang tuh,
kita tak tido pun tak ape sebab nak layan dia,
tapi bila kita yang bosan,
ada yang layan kita??

Hati kata tak ape...mungkin si dia busy kot...


Bila kita bercerita ngan dia,
macam bercerita ngan tunggul,
tapi bila dia yang bercerita,
kite kena dengar dan beri perhatian...

Hati kata tak ape..da sayang kan..


Bila kita tengah gaduh ngan dia,
kita diam jer..sepatah pun tak cakap..
tapi dia heboh 1 dunia...

Hati kata tak apa..dia munkin tension


Bila kita telefon nak cakap dengan dia,
dia suruh kawan dia angkatkan..
tak pun,dia matikan terus...

Hati kata tak apa,kawan dia,kawan kita jugak..

Bila kita tau je yang dia sakit,
kita yang dengar ni,macam dah nak gila...
tapi,,bile kita sakit..
dia boleh keluar happy2 ngan kawan dia...

Hati kata tak apa,takkan dia nak berkepit ngan kita 24 jam..


Terima kasih sebab buat aku lagi kuat untuk terima semua ni....
Jangan risau,aku mampu lakukannya...
Aku tunggu....


Tuesday, October 5, 2010

Surat Cinta


surat cinta???
terharu aku....
to : ASHIDA
"wanita yang ku sayangi selamanya"
"love you forever"
thanx....
aku sangat menghargainya.....