Ya Allah..sungguh berat ujianMu terhadap diri ini..hampir sebulan aku menanggungnya, tidak berani untuk menitiskan air mata, tapi hari ini, saat ini, aku tewas. Aku kalah. Macam baru semalam saat indah mengelilingi kehidupanku, baru semalam aku bergurau senda, bergelak ketawa. Tapi hari ni??Ya... Aku menangis.
Kepada yang berkaitan, hanya maaf yang dapat aku ungkapkan. Sama sekali, aku tidak pernah menyangka bahawa hari ini akan tiba. Sama sekali aku juga tidak menyangka bahawa hal ini akan terjadi. Aku sangkakan akan ada hari cerah untuk kita, tapi sangkaan ku salah. Aku terima penghinaan itu. Ya, aku jahat! Tapi sejahat-jahat aku, tak pernah keluar sedikit pun dari mulut aku untuk membalas penghinaan itu. Tak apa..prinsip aku.."Biar orang buat kita, jangan kita buat orang". Dari jauh,akan aku doakan kesejahteraan kau,kebahagiaan kau juga kejayaan kau. Mungkin hari ini, kau gembira mentertawakan tangisan aku. Tapi, ingatlah bahawa Allah sangat terkenal dengan sifat Yang Maha Adil. Pesananku. hargailah sesama insan yang hidup di alam ini, terutamanya terhadap kaum Hawa. Ya, InsyaAllah. Aku akan tabah melayari dan meneruskan perjalan baru hidupku.
Ya Allah..jika ini suratan takdir untukku, aku terima dengan hati yang terbuka. Mungkin ini jalan yang terbaik untukku. Permintaanku, tabahkanlah hatiku, kuatkan semangatku, dan permudahkan segala cara untukku. Kepada Nurhani Rahman, terima kasih sebab selalu berada dengan aku ketika saat susah dan senang. Aku harap kau akan selalu menjadi pendengar setia ku dan semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat. Aku doakan semoga kau berjaya dan bahagia selalu. Sekian. Ikhlas dariku.
~Ashida Md Anuar~
No comments:
Post a Comment