Wednesday, October 20, 2010

Boleh ke Perigi Cari Timba...??


ok..tajuk hari ni..seperti yang aku mentioned kat atas..setelah aku bermain-main dengan encik google..aku dapat la apa yang aku cari...so,pendapat korang..boleh ke perigi cari timba??

So,inilah hasilnya yang aku dapat...
Sebelum tu, masyarakat kita selalu akan fikir camni..

"Eh, kau gila suruh aku merisik dia??Tak pernah dibuat orang!"

tak pun macam ni..

"Tak nak lah aku nak approach dia, nanti orang cakap tak tahu malu."

Ok,,malu itu adalah sebahagian daripada iman,,so memang wajarlah perasaan itu lahir. Menurut Dr Robiah Kulup Hamzah, wanita wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara yang sangat beradab. Ia merujuk kepada kisah Siti Khadijah r.a. yang meminang Rasulullah S.A.W. melalui orang tengah. (sila tegur kalau statement saya salah)

Mungkin tak ada problem bagi perempuan yang cun, meletop and yang sewaktu dengannya. Tapi macam mana dengan perempuan yang mungkin cukup-cukup makan je atau pun bujang terlajak??haha...sila-sila lah fikirkan..setelah aku kaji topik ni..majoritinya berpendapat yang apabila seorang perempuan melamar lelaki yang dianggapnya boleh membimbing dia dan seluruh keluarga, secara tidak langsung akan menghalang daripada terjadinya skandal yang tidak halal.

aku pernah dengar ada orang cakap macam ni...
"apa salahnya kalau perempuan tackle lelaki?entah-entah lelaki pun nak jugak rasa macam mana kena tackle..haha..kalau pikir malu, melepas lah kau. At least kita try! Kalau kesan negatif, life must go on. Terima lah kenyataan yang dia bukan untuk kita."

Yang penting sekali..JANGAN

Yang WAJIB..tidak dibuat!
Yang SUNAT dilihat wajib!
Yang HARAM itu dipertahan!

Untuk mendapatkan jodoh, kita juga perlu berusaha. Atau dalam erti kata lain. IKHTIAR. Al-maklumlah..perkahwinan ini bukan hanya untuk sebulan dua,,tapi untuk selama-lamanya. Biar lah memilih asalkan jangan salah pilih. Di samping berusaha itu, jangan lupa untuk berdoa bagi menguatkan usaha kita itu. Nabi S.A.W. pernah bersabda. "Allah tidak akan mengubah qada' seseorang hamba melainkan kerana doa" (al-Hadith)

Selamat Mencuba! Ahaks~~~~

No comments: