Sunday, December 26, 2010

Mari baca...Sekejap jer..!


Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya
iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Pada waktu siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatangia seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gUa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

Tuesday, December 21, 2010

Terima Kasih Dia...

aku tahu dia sayang aku sangat-sangat...
segala benda yang dia buat bersebabkan aku...
banyak jugak la yang dia buat untuk aku...
sampaikan aku tak suruh pun...
tapi dia buat jugak...

dalam masa yang sama..
ada gurl lain minat dia..
macam nak mati aku tengok pompuan tuh fanatik kat dia..
tp yg tu lantak pompuan tu la kan,,,
aku suruh dia pergi kat budak uh..
tapi dia cakap dalam hati dia ada aku sorang jerk...
dan takkan mungkin hati dia berpaling untuk orang lain...

erk??boleh percaya ke dengan laki nih??
yang aku plak...tak tau ape yang menghalang aku...
untuk tak terima dia sekarang ni...
act, aku takut benda yang sama berulang lagi...
serik weh...!!!!

untuk pompuan tuh...
sorry to say...
but kau mengharap pada orang yang salah...
kau pun nak masuk UITM kan...
kat sana kau akan jumpa macam-macam orang...
so..tak payah la kau mengharap gila-gila sekarang nih...
perjalanan kau masih jauh...
jangan jadi macam aku,,,,
mula-mula sem pertama...
aku ok lagi...
tapi sem kedua...
hati mula berubah...!

for him....
thanx sebabkan edit gambar tuh..
sorry...aku tak mungkin publish gambar tuh...
bahaya...nanti korang download pastu sebar kat orang..
pastu aku yang malu...!

Thursday, December 16, 2010

Happy Birthday Ashida Md Anuar..!!

happy birthday to me...!!
happy birthday to me..!!
happy birthday to Ashida...!!
happy birthday to ME...!!

haha...layan perasaan...
nak tau surprise ape aku dapat??
hah..meh aku citer..
student D-G-5 nih kalau bab nak kenakan orang memang superb..!!
muka masing-masing kalau berlakon..memang boleh menang award..!
just David Teoh ngan Ahmad Idham belum bukak audition lagi untuk korang..
sabar k...nanti Ashida Md Anuar akan usulkan benda ni kat dyorang k..!!

konon ada taik kucing yer kat kasut saya???
wah..!!dengan muka yang agak tak berapa nak cuak..
keluar la jugak pegi tengok sekejap,.
rupa-rupanya...HAMPEH..!!
WAKENABEB..!!
thanx sebab nyanyikan lagu untuk kite..
kite hargai sangat2...!!


ni daripada ainin..thanx!!so sweet darl..!

makan maggi ambang...!!sweet..!!


cornetto tuh aku punya...!!!

kepada ex student smadklana yang wish...thanx korang sebab still ingat hari lahir aku...
untuk student UIA pun baik lelaki atau perempuan...terima kasih atas ucapan dan hadiah..
saya hargai sangat-sangat...
buat sahabat handai yang lain..terima kasih jugak saya ucapkan...
family??owh...my mom tak wish...sedey..:(
maybe dia lupa kott...

apa-apa pun...ini adalah senarai harapan aku...
1-nak dapat dean list..!!
2-dapat penuhi impian mak untuk jadi seseorang yang dia inginkan..
3-dikuniakan jodoh dari keturunan yang baik-baik..

korang doa-doakan lah ye...
moga impian aku tercapai...
InsyaAllah...Amin...!