apa kes pulak aku buat tajuk perasan gila nih???haha...ok, sobona eh, den nak share la satu bondo ni kek korang...erk??boleh kan??iyo kan ajo lah yo....=]
pernah tak kalau baca apa-apa magazine...tak kisah la magazine mana pun..contohnya macam..
dara.com,
Remaja,
Ujang,
NUR atau apa-apa je lah kan, perasan tak, mesti ada satu part nih tajuk macam nih.."Selesaikan masalah bersama DR. bla bla bla...." tak pun macam nih.."Anda ada masalah cinta?keluarga? sahabat? Emailkan kepada kami! Setiap surat yang ditayangkan akan mendapat bla bla bla...."
lebih kurang macam dalam gambar ni lah...:)
bagus tak kalau aku yang buat macam nih???
owh, apa yang aku nak bebelkan kat sini sebenarnya adalah...respons pembaca tu sendiri...contohnya macam kat bawah ni...aku copy paste daripada sekuntum majalah yang agak popular sekarang nih...suratnya berbunyi begini.....
KES 1
"Assalamualaikum..
Tahun lepas saya menduduki PMR dan keputusannya tidak memberangsangkan. Saya hanya mendapat 5A 3B. saya dah hancurkan impian keluarga saya yang mahukan saya mendapat 8A. Maklumlah saya anak sulung, menjadi sandaran utama keluarga. Umi dan adik saya selalu perli saya dan membandingkan saya dengan yang lain. Saya rasa kecewa sangat dan tak ada semangat nak pergi sekolah. Tolonglah saya.
SCORPION, Kelantan."
soalan lain pulak, aku salin balik pun dari majalah yang sama...
KES 2
"Hai Kak, E***, macam mana nak menyelesaikan masalah PAKWE. Kebetulan saya bergaduh dengan PAKWE saya bulan lepas. Bulan ni, dia dah nak berbaik dengan saya semula. Yang menjadi penghalang ialah semasa sebulan bergaduh dengan dia boleh pikat lagi seorang perempuan dan sekarang perempuan tu berkerasntak nak lepaskan dia. Saya fikir nak undur diri jer tapi PAKWE saya ni masih lagi mengharap pada saya. Apa yang perlu saya buat ye?
TIA, Perlis."
(aku saje caps lock word pakwe tuh...)
hmmm...setakat nih..pandangan aku lah...kira ok lah jugak...cerita pasal masalah dengan family, adik beradik, kes gaduh dengan PAKWE...tak salah pun nak share atau mintak opinion orang apa yang kita patut lakukan dalam situasi kita bla bla bla....aku ok lagi, boleh diterima lagi...ok, next..jom baca yang nih pulak...pun dari majalah yang sama...
KES 3
"Saya ni pelajar perempuan berumur 13 tahun. Saya menyukai seorang pelajar lelaki yang tua setahun daripada saya. Say adah cuba menulis surat kepada dia dengan meluahkan perasaan saya kepada dia. Saya tak tahu dia suka pada saya tau tidak. Buat pengetahuan Kak E*** kalau dia melihat saya dia selalu senyum. Adakah dia menyukai saya? Tolong lah selesaikan masalah saya nih....
SURAYA, Perak."
ok, let say aku adalah Kak E***..nak tahu apa aku jawab???
"Yang kau gatal sangat apesal? Baru tingkatan satu la sengal. Kau simpan dulu perasaan kau, kau fokus kat pelajaran dulu boleh tak? Dia senyum kat kau sebab tak nak bagi kau malu, dah bagi surat bagai...ada dia balas? tak kan??dia pun nak belajar lah..jangan sebab perasaan kau, dengan budak laki tu sekali terabai pelajaran dia...Ingatlah mak ayah sebelum buat sesuatu benda tuh..."
kasar kan ayat aku...bukan apa..budak-budak zaman sekarang..fulamak...kecik-kecik dah ada henpon...umur baru setahun jagung dah ada balak/awek...gua cakap lu, masa gua form 1, form 2..pandang muka senior lelaki pun gua tarak berani...bukan sebab gua sekolah agama, tapi sebab gua ada perasaan malu...dah tu, perigi carik timba pulak...haishhhh...lagi lah buat gua malu..kaum gua tuhhh,,,
tambahan lagi, bila aku jalan-jalan kat Terminal 1, tak pun masa tunggu kat KTM..nampak pasangan-pasangan couple muda-mudi jalan-jalan, sekali aku soal siasat kang...kompem umor kalau tak 12-13 tahun, mesti 14 tahun...lebih kurang cenggitu la...
so, kat sini, aku seru..siapa-siapa yang ada adik/rakan/jiran/sepupu tidak kira lelaki atau perempuan, selalu-selalu arh kita saling mengingati antara satu sama lain...aku pun tak cakap yang aku ni baik sangat kan...plus, aku dah tengok macam-macam gelagat bebudak zaman sekarang...sedarlah sebelum terlambat...apa yang penting sekarang..ingat tanggungjawab kita pada Allah dan ibu bapa..
sekian dari saya, Dr. Shida...segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari diri saya sendiri... Wassalam.