ok, lega dahhh, mana taknya, baru lepas melantak macam-macam jenis coklattt, lepas tuh, ayah aku bawak balik durian..perggggh, faveret fruit aku tuh...kenyang sudaaaa..:)
now, dah boleh start mencipta karangan tak bergred kat sini....so, setelah dipaksa, dipujuk, dan bermacam-macam rayuan yang diterima, aku buat keputusan untuk tidur kat uia only for one day...mulanya, aku ada malam tautan dengan adik-adik junior yang baru masuk UIA, lepas tuh, macam dah malam sangat, and tak ade siapa yang boleh hantar aku balik, aku tidur je lah kat bilik lama aku, E-1-2...:)
thanx dekat Kak Tiqah sebab tumpangkan saya dari Seremban ke Nilai, thanx jugak buat Mis Sadrina / Kak Sad sebab tumpangkan saya solat kat rumah akak...dan terima kasih tak terhingga buat abang-abang dan kakak-kakak senior and tak lupa jugak adik-adik yang baru masuk sebab sudi meluangkan masa dengan kitorang..owh, maaflah, tak sempat nak taaruf dengan adik-adik baru..sebabnya, kena pergi beli gula pasir. Yang tak tahan, nak beli gula pasir sepeket dua jer, yang pergi beli sampai empat orang. Merata carik gula pasir, sampai 7e...HAHA, lama gila dalam misi mencari gula pasir tuh...:)
aku tersorok kat belakang...
budak tuh tidur ke ape...?
khusyuk masing-masing...
lepas habis malam tautan, aku pergi dorm aisyah...fuiyyooooooo...'ekstreeeeeemnyer' dorm awak...haha, tak apalah aisyah, selalunya apa yang kita bayangkan tak seindah apa yang kita harapkan..:) lepas tuh borak dengan ainin and efy! tau tak yang kita rindu sangat nak bergelak ketawa dengan korang macam dulu???if i can turn back the time.....
next destination, E-1-2!! Here ASHIDA MD ANUAR come!!!!
ika tuh beriya betul nak cerita dengan aku apa yang dah terjadi di semester baru nih...macamlah aku dapat tolong selesaikan, padahal juz dapat jadi seorang pendengar yang setia jerk...memang lama lah jugak kitorang dating berdua, sampai tergelak-gelak..tapi aku tak boleh lah gelak lebih-lebih kan, dah pukul satu kot, kene halau jugak aku nanti kang...lepas tuh aku tidur sebelak ika..first time...owh, lupa nak cakap, ika nih panggil aku maklang, sesuka hati dia jerk jadikan aku mak cik dia, HAHA, tapi tak ape, aku suka, terasalah tua sikit, selama nih asyik jadi orang muda jer kan...lepas tuh berborak dengan sharina pulak...sampai tak sedar dah nak pukul 4 pagi...padahal kelas dia esok pukul 8...baguslah, 8 suku baru nak mandi...HEHE...:)
ika with apijah...:)
*aku still membuta kat belakang...
esoknya, ok fine, aku pun bangun lambat...=.='
11.30 a.m....shopping timeeeee!
at AYUNAR boutique...:)
*belakang blok B 2
*bersebelahan bangunan PKF
habis RM68...
WELL..itulah Ashida Md Anuar..=)
owh, tak lupa jugak JASA baik kawan baik aku yang sorang nih...
Muhd Fawzy Afdza Scottttttt,
thanx sesangat bawak aku, sharina and ainin jalan-jalan kat tesco sebelum hantar aku ke KTM Nilai, memang kitorang dah macam bini kau je kau buat kan...haha, aku cerita sikit perbualan kitorang masa kat TESCO..
***********************************************
Fawzy : Best jugak kan kalau kahwin ramai nih. Kiri kanan ada orang teman aku jalan. (sebabnya masa tuh dia berjalan di antara aku dan sharina, wajarlah dia cakap macam tuh kan...)
Aku : Tapi aku nak jadi isteri pertama tau. Nanti dapat payung emas. HAHA.
Sharina : Fawzy nak aku je lah shida, dia taknak kau.
Fawzy : Betul tuh, entah siapa nak dia entah.
dengan senyuman paling manis aku pamerkan, dalam hati aku.."KURANG AJARRRRRRR..."
Fawzy : Lagipun mak aku dah pesan jangan carik orang negeri sembilan.
Aku :

*jangan risau, perbualan kitorang nih, semuanya diselitkan dengan gelak tawa, asal cakap sikit lepas tuh gelak..haha, so, tak amek serius pun..tapi tak taulah kalau fawzy betul-betul pasang niat nak kahwin ramai, beware girlsssss..HAHA!
********************************************************
ok, sebabkan fawzy cakap macam tuh, sumpah balik tuh aku terus buat research tentang adat perkahwinan negeri sembilan. HAHA, semangat tak aku?so, untuk fawzy ataupun lelaki-lelaki yang mempunyai fikiran sebegitu, apa kata korang klik
SINI untuk maklumat lanjut...
p/s : PENGAKUAN BERANI MATI
ya, Ashida Md Anuar dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Sembilan, tapi aku bukan dari suku kaum yang korang pernah dengar tuh..aku jugak bukan dari Adat Temenggung, Adat Perpatih lagilah bukan...sebabnya......
induk aku berasal dari Muar, Johor...
ada campur JAWA-JAWA sikit gituuu...HAHA..
untuk fawzy : kau dengan abang razi memang suka gunakan aku sebagai tajuk perbualan korang kan, mentang-mentang aku HOTTT. haha...
lagi satu, amaran kerasss!
kalau kau kahwin dengan orang negeri sembilan, siap kau!!!!