mase nih mata pelajaran Jawi, dua mase pulak tuh..sambil menunggu budak-budak nih siapkan latihan, aku still carik idea nak bagi kelas aku nampak macam aktif sikit...sikit jerrr...ok, dapat!
"OK kelas, ustazah nak semua lukiskan sebuah kereta yang cantik, tak kisahlah kereta apa, kereta ayah awak ke, kereta ustazah ke, kereta kesukaan ke. SUKA HATI! Lepas tuh, buat tiga ayat ringkas. Faham???!"
"Ala, 3 ayat jer? Sikitnya ustazah."
"Err, ok, 5 ayat lah macam tuh."
"Ustazah, banyaknya. Masa tak cukup."
"OK, last! 4 ayat. Boleh mula sekarang."
haissssh, macam-macam kerenah budak-budak nih. Tapi satu aku suke. Dyorang punyelah semangat lukis kereta masing-masing. HAHA...tetiba ade sorang gurl nih suruh aku lukis contoh kat papan tulis, ok, terpaksa lukis =.="
ni lukisan budak-budak neyhh yang sempat aku tangkap....hehe

boleh tahan la...

WIRA dia...fuhhhh!

tayar tembikai???haha...amboi, tangan aku! sedap jer menaip..!

semangat WAJA...

not bad... :)

F1 tuhhhh...

macam lukisan aku...??

errr, apa yang dia cuba nak lukis??

just nice... :)

apakah???
kira budak-budak nih ade lah bakat sikit-sikit untuk melukis, nak tengok tak lukisan aku plak macam mane??sila jangan gelak ok??

ok, dahhh, diammmmm!
bila cek buku someone nih, ayat dia...fuhhhh!ok, bace ehh...Semua nih dalam tulisan jawi, aku translate kan jer...HAHA
- Ini kereta Ustazah Shida.
- Kereta Ustazah Shida berjenama Toyota.
- Kereta Ustazah Shida berwarna putih.
- Ustazah Shida sangat cantik.
ok, barangkali, budak tuh terlupa nak letak perkataan 'kereta' di awal ayat terakhir dia..
p/s : tetibe mase nak balik, ade sorang budak peluk aku and cakap "sayang ustazah sangat-sangat". Ok, terharu!