Sunday, May 29, 2011

kenape ade orang macam nih??

first, tak payah nak terasa sangatlah kan, benda nih umum, usually jadi kat perempuan-perempuan lah and antara faktor berlakunya bende nih for sure sebab perempuan jugak...ni pendapat aku lahhhh, korang tak puas hati, jumpa luar....=]


aku sumpah gila tak paham, kenapa, kenapa dan kenapa ada orang yang sanggup memecah-belahkan hubungan orang lain???tak kisahlah, dia baru bercinta, tunang, atau pun dah berkahwin...

main reason kenapa aku cakap antara faktornya dalah perempuan,,ok, biasa kite jarang dengar perempuan curang..(aku ingatkan lagi, ini pendapat aku...)biase lelaki jer yang selalu bab-bab curang nih,,, yang perempuan pulak gatal kan melayan si jantan nih, tiap-tiap malam call, SMS, bila on je YM, terus BUZZ..kat facebook, asal nampak je nama dia online, terus ajak chat...WHAT THE??? padahal orang punya tuhhh...yang si lelaki pulak iman tak berapa nak kental, cair lah kan...konon ada orang caring lebih lah,,,tengkorak kau!!!

ok, fine aku paham, perit gila bila cinta kita tak berbalas, tapi korang tak happy ke tengok orang yang korang sayang bahagia dengan orang yang mereka sayang???

tak payah nak gedik sangat nangis-nangis sampai cakap benda-benda yang tak masuk akal boleh??

"arghh, aku akan pastikan dia milik aku...!"

"kalau aku tak boleh dapat dia, tak ada sorang pun yang boleh miliki dia...!"

"aku akan rampas dia daripada perempuan tuh...!"

come on la gurlz..! akal dah cetek nak tambah cetek tu lagi pesal???dah takdir jodoh kau bukan dengan orang yang korang nak...terima je la wehhh...nak berusaha pun, kalau sampai buat dajjal kat orang pun tak guna jugakkk...

so, aku sebagai perempuan menyeru kepada perempuan-perempuan lain yang dah pasang niat atau dah separuh jalan, atau dah hampir berjaya dalam menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain, henti-hentikan lah...ramai bangla, mat indon kat luar tu ha...duda-duda yang bekas orang tuh pun still available lorhhh..ni hak orang jugak yang nak tackle...

so...aku tak kacau hubungan korang kan, korang pun janganlah buat perangai longkang kat aku...peace..:)

p/s : tiade kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah pergi, tetapi sesiape yang terasa, hah, baguslah kalau terasa...tapi seriously, tak ada kaitan dengan sesiapa pun..:)

Wednesday, May 25, 2011

Kami Lagi~~~~haishhhh...=]


sebelum aku membebel lagi jauh, aku just nak cakap yang aku tak layan mereka-mereka yang suka buat cerita-cerita membongak nih...gebang jer lebih...haha!

ok, kali nih, kitorang dah tak main dah jalan-jalan kat Seremban nih..ape kelasss kan???tapi sebenarnya, benda nih kitorang plan dah lama dah...mase semester 2 dulu...plan nak tidur rumah Hani seminggu dua. Eh, tak! sehari dua camtu lah...tapi bila dah set jer nak pegi, ada jer halangan yang datang. Dengan aku sibuk sangat nak balik rumah,(macam jauh sangat, Seremban jer kot) dengan Sha dulu ada program FSCC dia, so terpaksa lah kitorang tangguhkan. And, finally we've decided to go there at the end of the day of semester III! Jadi cuti semester kami selama 3 hari 2 malam di rumah encik Abd Rahman! Ya, rumah ayah Hani, bukan rumah dia!

first day, kitorang tak buat apa sangat pun, sampai-sampai jer rumah Hani pun dah malam dah, kemas barang kitorang sikit dan terus tidur...jadi, segalanya bermula pada keesokannya! kitorang ingat nak pergi Jalan TAR. ehemmmmm, tak tahulah untuk keberapa kalinya, KAMI bangun lambat LAGI!tapi Hani sebagai tuan rumah, dia kena bangun awal lah kan...tak sangka pulak dia siapkan breakfast...thanx darling....jadi, sekali lagi aku ingatkan kepada lelaki-lelaki di luar sana...fikir masak-masak sebelum pilih kitorang jadi bini...haha!

so, kitorang naik LRT pukul 12.30 tengah hari...owh, lupa...masa nih hari jumaat tau...so, time-time camnih, biasalah kan...ramai kaum Adam yang berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat!sampai-sampai jer, kitorang apa lagi...rambang mata aku!!tengok kat Majis India nih jer dah macam-macam ada, so tak payahlah pergi Jalan TAR..haha..macam-macam kitorang beli, yang aku nak cari handbag nya, baju lagi, shawl lagi..macam-macam lah..penuh lah jugak tangan masing-masing. Yang kelakarnya, pukul 2 lebih tuh, kitorang tak tahan dah. Semua penat, jadi kitorang pun balik teros....shopping 2 jam jerk, tapi bila total up habis almost RM200...fuhhhhhhhhhhhhhhhhh! satu fenomena baru bagi aku! sorilah, memang tak sempat nak pegang kamera, ni jelah gambo nyer...

sori lah, gambar mengarut yang aku amek!

which one is my handbag???

our hands with our new bracelets...:)sweet tak???
thanx Hani...:)

balik-balik jer, aku solat zohor, pastuh membuta. Serius penat weh! Hani ngan Sha pulak masak kat dapur. Honestly, aku memang tak reti sangat memasak, so aku biarkan mereka yang pakar ni jer yang memasak...haha, koranggg! sedap weh aku tidur masa tuh...=]

malam tuh pulak, kitorang buat KEK! dengan tunjuk ajar daripada Hani lah kan. Untuk tempahan, sila klik SINI. tengah syok-syok buat kek, boleh pulak telur da habis! bantai pegi Mydin, beli sepapan terus, nak guno duo bijik yo..haha

model iklan telur...:)

ok, mula-mula sediakan bahan dulu..tepung gandum 1 baldi, serbuk koko, 1 besen!

pastu mesin lah...!ye ke mesin?haha...Hani, sori, aku tak tau name bende alah tuhh

teka arh tangan siape nih...

cupcakes!!!!!

lepas tuh, kitorang bakar...erk?korang jangan lah lurus sangat kan, bukan bakar pakai api tau..masuk microwave ke oven, aku kompius betol 2 objek nih!adusssss. pastu Hani cakap nak buat krim dia tuh, tapi nak buat esok sebab tak sempat nak buat malam tuh...haha, aku main bedal jer sebut krim!korang paham kan..yang cair-cair tuh...

inilah hasilnya.....!!!yummy...;)

terketar-ketar aku letak bende kecik tuh nak jadikan bentuk love...!

poyossss~~

masa nih kitorang nak balik dah...tengoklah aku, dengan backpack, handbag, pastu ada satu bag plastik kat bawah tuh...sumpah malu..=.='

lepas tuh, kitorang terpisah di bandar tasik selatan...aku ke Seremban, Sha ke Pontian, Hani teman Sha sampai naik bas..jadi mereka nih amek gambar tanpa aku...jeles LOL!


tunjuk cicak ke???





ok, penat sudahhhhhh...tapi sejujurnya, aku nak mintak maaf kat korang, aku tergesa-gesa kan nak balik hari tuh, act, aku kena jumpa orang, dia bukan orang yang korang semua fikirkan...tapi someone yang agak lama jugaklah aku tak beborak dengan dia, so dia ajak jumpa...sorry korang...

Hani, thanx sangat-sangat sebab bagi kitorang menetap kat rumah kau. Best layanan kau, mama kau, ayah kau, abang kau!erk...abang kau jambu lahhhh...berkenan pulak aku..haha...gurau yawww...btw, nanty kita lepak lagi ok. Seremban sudah, KL sudah, Nilai terlebih sudah...lepas nih kat mana? Perak Hani dah selalu pergi, opssssss...Sabah arh jom!!!haha...


p/s : rasanya entri nih yang kurang gambar kita kottt...sobs3...:'(


Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie

sori peeps, dah macam-macam sarang dah bersepah kat blog aku..hah, tengok tuh...sempat pulak mereka main kejar-kejar...cicak oh cicak...!kejap yer aku bersihkan.....

B.
E.
R.
S.
I.
H.
K.
A.
N.

ok, PENAT!!! cantik punnnn...*perasan

***************************************************************************

sebagai permulaan, aku nak berlagak japp dengan korangggg...aku dah tengok Nur Kasih The Movie..!!!!hari pertama tayangan tuh, aku serang Terminal 1...risau gak tiket habis tapi rupa-rupanya aku dapat first tayangan lagi....haha, rezeki oh rezeki...:)



rasanya, belum start cerita tuh...aku dah rasa nak nangis...haha, tacink lebih pulak aku! tapi serius aku cakap, bagi sesiapa yang rasa-rasa macam tak ada perasaan, korang tak payah lah tengok...trailer pun sama, jangan tengok langsung! sebab bagi aku, hanya orang yang ada perasaan jer, yang faham cerita nih...owh, tak aku duga..air mata wanita aku jatuh jugak akhirnya...:'(

aku sampai TERhafal lah dialog-dialog dalam cerita nihhh...

"Ni lukisan abang ke lukisan Nur?"
"Dua-dua lah..."

"Tak apa, ayah tidur dengan buku-buku ayah.."
*agak sedih part nih...

tapi antara dialog yang aku rasa aku tak boleh lupa...

"Walau apa pun yang terjadi, abang akan tetap berada di sisi Nur, itu janji abang pada Adam"

wehhhh, mana nak carik abang ipar yang macam nihhh...??

yang pasti aku minat si Muniff Isa nih...:)
sampaikan sanggup tulis kat wall dia dan tak sangka dia bagi respon positif...!


korang kena tengok sendirilah kalau nak tahu kenapa aku post macam tuh...:)

hmmm, kepada peminat-peminat Tiz Zaqyah/Nur Amina, korang tak boleh nak samakan Tiz dengan watak Nur Amina kat luar cerita...mana boleh paksa-paksa dia suruh bertudung semua tuhhhh, korang doakan jelah moga-moga suatu hari nanti Allah bukak pintu hati dia untuk berubah...who knows???

ok, itu sahaja cerita aku tentang Nur Kasih The Movie...tapi, japppp..aku bagi 5.5 stars untuk cerita nih...!

at the end of the day, aku dan aisyah belikan tiket bas untuk dia, haishhhh awak nih...tau tak berapa lama kitorang tunggu???dah tuh, lepas aisyah balik, saya tunggu awak-awak semua datang...hampir beku saya kat KTM tuh, dahlah hujan lebattt...=.='

part yang paling kelakar, bila aku nak sampaikan pesanan seseorang kat fawzy, habis semua pandang kat aku...korangggg, serius aku maluuuu..:)