hari nih,,,6 Mac 2011, kami sekeluarga buat kenduri sikit. Kenduri arwah, paling latest untuk arwah nenek aku yang ke rahmahtullah pada 30 Jan 2011. Sayangnya, aku tak dapat jumpa langsung sehinggalah ke saat akhir hidupnya, sebab aku pergi BTN!
So, ada lah buat bacaan yaasin, tahlil dan sebagainya. Kalau boleh aku nak take picture and upload dalam blog. Tapi mak aku tak bagi. Dengan muka tempe, aku baca yaasin sambil belek kamera! Ramai jugak yang datang, Ada yang aku kenal. Ada yang aku macam tak pernah nampak langsung!
Bila dah selesai semuanya, dijemput tetamu untuk menikmati juadah yang aku sediakan. Aku sediakan? Sila lah jangan percaya! Dalam ramai-ramai tuh, aku dengan sengajanya menonjolkan diri kat tengah-tengah antara mereka. Saje nak tayang muka! Lepas tu, aku terdengar something!
"Inilah anak haji anuar yang masuk UIA tuh."
Kata-kata daripada seorang makcik terhadap makcik-makcik yang lain! Aku pun pura-pura tak dengar...terus masuk rumah. Sebab aku tak suka orang yang tak kenal aku tapi cakap pasal aku. Lepas tu, ada seorang makcik tahan aku.
Makcik : Ni belajar kek mano sekarang?
Aku : UIA makcik. Kat Nilai.
Makcik : Dah bosa panjang dah dagho ni ha. Cantik yo makcik tengok. Tapi asal sokoping na lak badan ekau nih?
Aku : (Dalam keadaan buntu) Erk??Ye ke sekeping? Saya dah gemuk ni makcik.
Makcik : Gemuk apo eh lak camnih? Tak ghoti bezo ko?
Aku : (Hanya mampu tersenyum dan terus blahhh..)
Kalau boleh aku nak jerit kat makcik tuh.
Makcik!!! Saya dah 45 kg! Sangat berat ok!
Dalam ramai-ramai makcik, ada seorang makcik nih bawak baby! Ha, ni memang hobi aku. Jaga baby!
ada gaya ibu mithali tak??hoho..
love Fikri!
disaat ini jugaklah, ade seorang budak gemuk+comel+manja merajok dengan aku. Sebab aku layan baby tuh lebih dari aku layan dia. Budak nih anak kakak aku yang sulung. Aku memang rapat dengan budak gemuk nih. Sekali dia nampak aku pegang baby, dia terus masuk bilik kunci pintu. Jeles lah tuh aku pegang baby. Haha!
inilah dia. Ekha mok-mok!
ok, itu jer yang mampu aku share ngan korang untuk sepanjang hari nih. Penat lorh sehari suntuk aku kemas rumah dari pagi sampai petang. Dari petang bawak ke malam. Dari malam bawak ke...Erk?? Paham-paham sendiri lah ye?
No comments:
Post a Comment