Friday, October 15, 2010

kau laki paling setan dalam hidup aku...
sebab kau, hidup aku hancur!!!
sebab kau, aku belajar tak tenang!!!!
sebab kau, aku hilang kawan2 aku!!!!
kalau kau baca..ni untuk kau..

terima kasih sebab pernah bahagiakan aku..
terima kasih atas segala pengorbanan kau dekat aku..
terima kasih luangkan masa kau dengan aku...
terima kasih habiskan duit dan masa kau untuk aku!

percayalah....
hidup kau takkan tenang..
aku mungkin takkan dapat buat apa2...
tapi kau tunggu...
Allah akan balas perbuatan kau!!

Untuk Adam...

Hanya ungkapan maaf yang dapat saya berikan..
Terima Kasih untuk segalanya...
Saya nak awak tahu yang...
Saya sangat selesa berkawan dengan awak!!!!
tapi rasanya..sampai bila2 awak takkan tahu...
Lastly, saya harap kita akan jadi kawan semula..
Sekian.


Thursday, October 14, 2010

Harapanku..

Ya Allah..sungguh berat ujianMu terhadap diri ini..hampir sebulan aku menanggungnya, tidak berani untuk menitiskan air mata, tapi hari ini, saat ini, aku tewas. Aku kalah. Macam baru semalam saat indah mengelilingi kehidupanku, baru semalam aku bergurau senda, bergelak ketawa. Tapi hari ni??Ya... Aku menangis.

Kepada yang berkaitan, hanya maaf yang dapat aku ungkapkan. Sama sekali, aku tidak pernah menyangka bahawa hari ini akan tiba. Sama sekali aku juga tidak menyangka bahawa hal ini akan terjadi. Aku sangkakan akan ada hari cerah untuk kita, tapi sangkaan ku salah. Aku terima penghinaan itu. Ya, aku jahat! Tapi sejahat-jahat aku, tak pernah keluar sedikit pun dari mulut aku untuk membalas penghinaan itu. Tak apa..prinsip aku.."Biar orang buat kita, jangan kita buat orang". Dari jauh,akan aku doakan kesejahteraan kau,kebahagiaan kau juga kejayaan kau. Mungkin hari ini, kau gembira mentertawakan tangisan aku. Tapi, ingatlah bahawa Allah sangat terkenal dengan sifat Yang Maha Adil. Pesananku. hargailah sesama insan yang hidup di alam ini, terutamanya terhadap kaum Hawa. Ya, InsyaAllah. Aku akan tabah melayari dan meneruskan perjalan baru hidupku.


Ya Allah..jika ini suratan takdir untukku, aku terima dengan hati yang terbuka. Mungkin ini jalan yang terbaik untukku. Permintaanku, tabahkanlah hatiku, kuatkan semangatku, dan permudahkan segala cara untukku. Kepada Nurhani Rahman, terima kasih sebab selalu berada dengan aku ketika saat susah dan senang. Aku harap kau akan selalu menjadi pendengar setia ku dan semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat. Aku doakan semoga kau berjaya dan bahagia selalu. Sekian. Ikhlas dariku.

~Ashida Md Anuar~

Tuesday, October 12, 2010

"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita sayang, kerana orang yang kita sayang tuh mungkin akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang..."

"Jangan cuba untuk dapatkan apa yang kita sayang tapi sayanglah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita dah pernah sayang sebelum ni, kerana orang yang sayangkan kita, mungkin juga orang yang paling kita sayang.."

"Lebih baik untuk kita bersama dengan orang yang sayangkan kita daripada orang yang kita sayang, kerana orang yang kita sayang mungkin hanya sukakan kita tanpa perasaan sayang.."

*****************************************

Aku nak tanya ni...siapa yang pernah ikut bende alah yang kat atas nih??
plz see me...!!
juz nak tahu wether korang bahagia or tak hidup dengan orang yang sayang kita, tapi kita yang tak sayang dia...


p/s : tak tahu kenapa sejak akhir2 ni...sumer berkaitan bende ni jer aku story..
next entry aku cerita benda lain k..

~ashida md anuar~