Saturday, October 23, 2010

DIA....


semakin dia begitu,
semakin aku begini.

senyuman aku kini tidak bermakna.

susah untuk aku terima kenyataan ni.

"tu la shida, orang cakap jangan, lagi nak buat!"

Erk...!terkena batang hidung sendiri!!

padan muka kau shida!


Wednesday, October 20, 2010

Boleh ke Perigi Cari Timba...??


ok..tajuk hari ni..seperti yang aku mentioned kat atas..setelah aku bermain-main dengan encik google..aku dapat la apa yang aku cari...so,pendapat korang..boleh ke perigi cari timba??

So,inilah hasilnya yang aku dapat...
Sebelum tu, masyarakat kita selalu akan fikir camni..

"Eh, kau gila suruh aku merisik dia??Tak pernah dibuat orang!"

tak pun macam ni..

"Tak nak lah aku nak approach dia, nanti orang cakap tak tahu malu."

Ok,,malu itu adalah sebahagian daripada iman,,so memang wajarlah perasaan itu lahir. Menurut Dr Robiah Kulup Hamzah, wanita wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara yang sangat beradab. Ia merujuk kepada kisah Siti Khadijah r.a. yang meminang Rasulullah S.A.W. melalui orang tengah. (sila tegur kalau statement saya salah)

Mungkin tak ada problem bagi perempuan yang cun, meletop and yang sewaktu dengannya. Tapi macam mana dengan perempuan yang mungkin cukup-cukup makan je atau pun bujang terlajak??haha...sila-sila lah fikirkan..setelah aku kaji topik ni..majoritinya berpendapat yang apabila seorang perempuan melamar lelaki yang dianggapnya boleh membimbing dia dan seluruh keluarga, secara tidak langsung akan menghalang daripada terjadinya skandal yang tidak halal.

aku pernah dengar ada orang cakap macam ni...
"apa salahnya kalau perempuan tackle lelaki?entah-entah lelaki pun nak jugak rasa macam mana kena tackle..haha..kalau pikir malu, melepas lah kau. At least kita try! Kalau kesan negatif, life must go on. Terima lah kenyataan yang dia bukan untuk kita."

Yang penting sekali..JANGAN

Yang WAJIB..tidak dibuat!
Yang SUNAT dilihat wajib!
Yang HARAM itu dipertahan!

Untuk mendapatkan jodoh, kita juga perlu berusaha. Atau dalam erti kata lain. IKHTIAR. Al-maklumlah..perkahwinan ini bukan hanya untuk sebulan dua,,tapi untuk selama-lamanya. Biar lah memilih asalkan jangan salah pilih. Di samping berusaha itu, jangan lupa untuk berdoa bagi menguatkan usaha kita itu. Nabi S.A.W. pernah bersabda. "Allah tidak akan mengubah qada' seseorang hamba melainkan kerana doa" (al-Hadith)

Selamat Mencuba! Ahaks~~~~

Monday, October 18, 2010

Examination Result


Attention to all CFS IIUM students, please be informed that the Semester 1 2010/2011 examination result will be accessible from 20th October (Wednesday) after 5 p.m. onwards through student portal.

Click here for more information.


Whoa!!!!
Serius cuak...!!ada tak cara yang boleh buatkan result ni tak jadi nak keluar??
bila aku nampak jer ada yang share kat facebook diorang tentang result ni..mula la hidup aku jadi tak keruan..makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak bersih??? Erk??ok..itu tipu!!

Bila aku tengok event tentang result ni...majoriti attending...yang kelakar nya..boleh plak MAYBE attending...kalau korang tak attend pun..mesti ada sedikit perasaan korang nak tahu result korang gempak ke tak...betol tak...??tak payah kelentong gua la...


Aku harap result aku ok...sebab aku dah puas perah otak mase jawab exam ari tuh...
Kepada kawan-kawan group 13..
and semua student CFS
sama-sama lah kita berdoa ya...
Harap-harap semuanya berjaya...
Amin..InsyaAllah...